Tuesday, December 27, 2011

year end 2011




alahai. jap jer hujung thn. aku br jer celebrate besday aku yg ke 35, muda lg kan? sbb aku tak terasa tua pun, tp aku ada masalah sehelai ubat di rambut aku, ia terletak ditengah2 depan atas dahi aku, kalau tgk mmg tak nampak, sbb sehelai (yer ke? ) tp kalau dok tenung2 mmg nampak, pasaipa ek? kalau cabut mesti ia tumbuh blk , kat situ jugak.. dah berulangkali aku cabut dan ia ttp tumbuh... heheheh... so, anggaplah ia amaran umur aku dah nak masuk 4 series... alhamdulillah.

dalam usia yg sebegini, aku bersyukur dengan yg ada, aku ada suami yg amat baik n understanding, yg sentiasa give me a strength disaat aku down dgn kesibukan aku, aku ada 3 anak yg sgt menghiburkan hati aku dengan telatah depa, aku ada mak abah yg sgt care dgn aku, mertua aku yg baik hati, adik abang aku yg sgt enjoy n sekepala, ipar duai yg selalu bg aku nasihat/hadiah (tq so much!) dan tentunya harta dunia yg setakat sekarang ni bleh la dikatakan cukup lengkap.. semuanya aku BERSYUKUR .. alhamdulillah!

dalam pada itu, cuti bln hujung thn ini, keluarga kami telah pun menerima seorang ahli baru, iaitu adik aku berkahwin. Welcome to Hj Ibrahim's family, believe it, kami semua sgt la sporting... :P

ok, hujung thn yg lalu, kami kami membawa anak2 berjalan2 sekitar kl n shah alam. sempat la bawa ke bandar ict dan layan anak tgk ikan kat aquaria. so depa sgt enjoy esp bila tgk ikan kat aquaria. nak tergelak pun ada bila depa nampak shark n stingray depa takut ikan tu langgar.. zaim sampaikan nak nangis... hehhe..

so, enjoy the pics ok..


Tuesday, November 29, 2011

Monday, November 21, 2011

apom polkadot


wahh.. apom ni cukup glamour skrg ni, so aku pun tak ketinggalan utk try, senang jer, 1st time buat terus jadi.. hehe..

anak2 aku suka, bukan sbb rasanya sedap tp sedap kalerful. depa berebut2 dok pilih, yg pompuan mestilah nak kaler pink. nak tergelak plak aku. tp hati rasa ppuas sbb bila tgk depa makan hilang rasa letih.. emm.. aku x suka la masak apom ni, sbb renyah sket. ye lah, nak kena letak kaler, pastu nak dot dot kan lg, tu kalau kita buat byk kaler lg susah.. lebih senang kalau kita tuangkan masuk dlm loyang n kukuss.. abis citer.. kan?

ok, ari ni aku rajin tulis resepi, so sesapa nak try blh la. oh ya, aku cedok resepi ni dr myresipi.com ,so sesapa nak explore lebih, blh ke sana... aku ni amatur jer, ok.. layannnn,,..

bahan2

3 biji telur (sejuk, simpan dlm freezer dulu..)
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 gula castor
3/4 santan @ susu cair
1 sudu teh ovelette (beli je kat bakery shop)
1 sudu teh baking powder (ayak bersama tepung gandum)

cara2 nya

- masukkan telur, gula, ovelette n santan dalam mixer
- mix kan.. sampai ia kembang..
- pastu, masukkan tepung gandum
- dah bleh masuk dlm acuan, oh ya, blh letakkan kaler apa yg korang nak..
- kukus (kalau cup kecik 7-8 minit dah masak)
- blh makan.. sedap, gebu n lembut.
(ok ,aku terlupa sesapa nak letak filling bleh.. ari tu aku letak blueberry.. )



Monday, November 14, 2011

chocolate cake for love..


ewahhhhh.... tajuk blog aku ari ni agak sentimental.. heheh.. tak pe lah, sbb hari ni aku berjaya mengotakan janji aku pd asben, nak masak / bakar kek utk besday dia.. actually, besday dia pada 4/11 yg lalu, so masa tu aku bz sbb nak blk kg n raya haji, so malam tu aku cuma belanja dia n anak2 makan ikar bakar (nyum nyum... my feveret..) , so tadak kek utk malam tu, so hari ni aku cuti so aku pun masak lah...
jadi, pada malam tu, kami celebrate lah kecil kecilan, selain dr besday en hubby, aku turut meraikan kejayaan balqis dapat no.1 dalam kelas dia. alhamdulillah... double happiness n double celebration lah.
aku ni mmg kureng sket dgn kek kek ni, tp kalau biskut mmg feveret abissss.. so, aku makan skit lah, selain nak jaga badan... hehehe.. oh ya, komen en. hubby, 'tak sangka yer, mama pandai masak kek' ... adoyaiiiii.. dia tak tau lg, pizza pun aku pandai masak.... hehehe ..
ok, layannnn.. :)

Sunday, November 13, 2011

majlis graduasi tadika qistina iman




alhamdulillah.. hari ini balqis telah pun tamat sessi pra sekolah di tadika qistina iman. aku bersyukur sangat sbb balqis 'grad' dengan cemerlang. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur pada Allah, dikurniakan anak yang baik, mendengar kata, dan setakat sekarang ni masih menjadi kebanggan aku dan suami aku. Aku berharap harta yang aku ada ini akan dapat aku pelihara menjadi manusia yg tinggi akhlaknya dan tinggi pendidikannya.. amin..
pagi td, selain mendapat no. 1 akademik , balqis juga perform 4 persembahan, loceng berirama, tarian sha la la, tarian arab (fuyoooo..) dan yg best bg aku melodrama flora n fauna. Bagi aku Balqis nampak comel sgt dalam kostum princess tu. dalam acara tu, Balqis kena jadi pencerita tentang alam sekitar, aku ingat kan dia nervous ke tp rupanya tidak. Aku nampak dia biasa jer, kalah aku yg selalu ketaq bila berucap di stage... huhuh..
Apa pun, Balqis, mama n abah harap Balqis dapat menjadi contoh yg terbaik utk adik2 nnt yer. Mama selalu mendoakan kejayaan Balqis dunia dan akhirat.
Amin..

Wednesday, November 2, 2011

bila tadak keja..


hi! pagi ni aku free.. sepatutnya ada kelas, tp disebabkan cikgu zaidi ambik budak2 buat treasure hunt, so aku pun legaaa... jd dapatlah aku rileks n layan fb, berblog... heheh

pagi td aku timbang, berat aku 59kg, alamakkkk. udah lebih sudah.. aku nak kuruss.. kurus.. kurus.. macam mana ni... aku nak berat aku dlm 55 kg jer, bleh ker aa? ok, bila sembang bab kurus aku mmg sedang berusaha untuk kuruskan badan. suami aku mmg tak kisah, tp aku sangat kisah.. aku dah berusaha untuk kuruskan badan, berbagai cara aku dah lakukan, tp yg pasti kalau kita puasa sunat setiap isnin n khamis, mmg berkesan... tp setan byk pulak dok hasut tak bg posa.... mcm mana nak kurusss... heheh

so, petua aku, kalau nak kurus, pakat2 kita posa sunat.. okey? :D

Tuesday, November 1, 2011

my cheese tart




hari ni dah 2 minggu arwah bg bidi meninggalkan kami semua, sian aku tgk hubby aku, asyik termenung jer... ye lah, dia mmg rapat dgn arwah, kalau blk kampung, dia mmg berkepit je, tp aku harap suami aku akan recover blk, jd ceria mcm dahulu kala.. amin,.. utk arwah abg bidi, sama2 lah kita sedekahkan al fatihah...

ok, minggu ni aku free, (sblm ni dah 3 minggu asyik berulang alik ke hbm) so minggu ni bermula lah projek tart aku yg sering tertangguh.. aku dah sediakan hampir 500 shell @ crust cuma filling jer aku letak kemudian. tp yg bestnya anak2 aku pun suka crust yg aku buat.. depa dok ulang makan sampai dah luak separuh, so bila nak masukkan filling nya terpaksa la aku buat crust tu blk... eheheh

mula aku try letak telur, eemmm... menjadi la jugak walau rupa kureng.. tp 2 hari lps tu aku letak cheese, eemmm... mmg tak menang tangan. asal kuar dr oven jer anak n asben aku sapu.. asal kuar jer abiss.. mmg sedap rupanya.. (puji diri sendiri....eheehhe..) apa taknya, cheese tu kalau kita makan gitu saja pun sedap apatah lg kalau kita makan dgn crust n blueberry... ehehehe... ce ce ce.. perasan sungguh aku ni...

ok, tp aku sempat snap gambar egg tart jer, blueberry n cheese x sempat.. tangan dah comot..


Thursday, October 20, 2011

apam belang

taraaaaaaa.... :)

malam ni aku free, so aku godek2 laman web masakan ni, skrg ni aku suka sangat dgn web kak ita masam manis, dia punya resepi so simple, dan kita blh follow sbb dia attach sekali dgn pic, so dia punya explanation sgt detail dan aku sangat paham..

so, dok cari mana resepi yg simple, dan ingredient mesti dah ada sbb aku bercadang nak buat malam ni, esok bleh makan utk bekfes, terjumpa la resepi apam belang ni...

buatnya senang jer, aku masukkan dalam mixer, pastu aku gi buat keja lain.. kalau nak simple lg takyah taruh kaler terus plain n tuang jer masuk dlm loyang n kukuss... tp aku ni mengada2, nak cantik2 so ini lah hasilnya.. alhamdulillah.. menjadi..

oh ye, kredit to kak azlita .. eemmm nnt aku try link kat resepi apam belang ni, jadi ke idak.. harap2 menjadi lah yer...



Thursday, October 13, 2011

sunyinya....



baru 2 hari ditinggalkan, aku dah tak bleh duduk.... :(

oh ya, dah 2 hari en. asben aku ke penang menemankan abangnya yg terlantar kat hosp. bkt mertajam, bermakna 2 mlm jugak la aku tidoq dengan anak2. mula tu tak terasa apa pu, tp bila dah 2 malam, anak2 aku pulak tidoq awal, aku mula la terasa sunyinyaaa...

tp itu lah, aku x blh pentingkan diri aku sendiri, dalam keadaan skrg ni, abang dia dan juga mak dia (MIL tak blh nak jaga sbb ward tu lelaki) so aku izinkan lah.. (eh, apa hak aku nak menahan dia kan... ), kalau ikut hati mmg berat tp terpaksa... so aku berharap abg dia akan pulih seperti sediakala, meski pun x sesihat dulu cukup lah dapat beramal ibadat kan.. amin...

ok, aku stop dulu, x selesa menaip dengan notebook ni, al maklum lah jejari aku bersaiz runcing ni amat x sesuai dgn keyboard yg tersangat lah mini.... :D

ok, gdnite!

Thursday, October 6, 2011

Pokok berbunga, hati turut berbunga..



wahhhhh... bila pokok aku berbunga aku rasa bagai nak heboh satu kampung sbb aku x pernah tanam pokok bunga, tetiba bila aku tanam, aku belai n aku jaga... pokok aku berbunga lebat... bestnyaaa.... bila aku lalu tepi pokok tu berbau harum sangat... :D




Tuesday, October 4, 2011

Tuesday, September 27, 2011

4 hari 3 malam di Kuantan

bukit gambang water park

cherating...
otw nak blk, punya lah budak2 ni main...




bestnya rasa bila asben cakap, kita boleh p bercuti, so kita p kuantan... apa taknya, bukan senang nak blh bercuti sbb asben aku susah sgt nak dpt cuti, dah tu kalau dah dapat cuti plak mesti kami blk kampung... sebab melawat mak ayah di kampung pun bagi aku satu percutian jugak, sbb anak2 aku suka sgt kalau blk kg..
so, bila jer cuti dah approve, kami pun packing barang2 dan bertolak ke kuantan. mula kami ke kl, tido 1 malam disana n pastu keesokan paginya our journey begin.... :D

day 1,
bertolak leboh kurang pukul 10.00 pagi, lalu kot karak hiway, so masa otw tu nampak signboard ke bukit tinggi, so kami plan nnt masa next vacation blh la ke sana plak. asben drive tak laju sgt, sbb kami nak enjoy , santai n layan view yg berbukit tu.. jd, kami sampai sana lebih kurang pukul 3.00.
rehat kejap dalam pukul 6, kami ke taman teruntum , kat tepi pantai telok cempedak tu. jadi sampai malam kamai layan uptown kat tepi pantai tu, pastu dah pukul 10.00 blk n tidoq...

day 2,
celik jer mata, Balqis dah tanya hari ni nak p mana plak mama.... mula kami rehat jap sbb letih.. tp by noon jer kami decide nak ke kemaman, sbb nak makan satar.... wahhhh ..sedapnya... tp aku sedih sbb tak blh nak makan byk sbb org ramai sangat.. so asben dpt beli sket jer (ramai org beratur ...... ) jadi dapat lah aku lepaskan gian aku... rupa2nya si zaim pun suka makan satar ni, jadi berebut2 kami makan..
blk dr kemaman, kami singgah berkelah kat cherating, mandi manda kat situ.. best.. anak2 aku pun nampak enjoy sangat.. si ekin sampaikan tak nak naik. tp bila hari dah beransur petang, kami pun terpaksa la balik... tunggu yer cherating, we'll here again.. :D

day 3,
hari ni kami ke bukit gambang water park, eemm... ok tp biasa lah, nama pun taman tema, so the weather is so hoooot la.. aku mmg x tahan tp disebabkan anak2 aku so aku gagahkan diri aku. kalau ikut aku, aku idaklah masukkan senarai bukit gambang ni dalam list yg aku nak p, tp sian plak kat anak2 aku. depa mmg enjoy betulll. .. asben aku pun samaaaa... puas aku ajak blk, baru lah nak blk.... malam tu kami layan ikan bakaq kat tanjung lumpur, eemmm.. quit ok ..

day 4,
apa lg, dengan berat hati kami pun terpaksa lah pulang, takkan nak berkampung kat sana kan... duit pun dah kopak.. heheheh.. jadi kami naik karak hiway sampai ke jerantut, n then turun jln luar sampai ke raub, pastu sg koyan naik ke cameron. View? sgt cantik... ala ala cameron highland dengan cuacanya yg sgt sejuk... sampai kat cameron, hari dah tgh hari, lapar amat sgt. so stop kat situ n makan. bila dah makan kami singgah lagi masuk butterfly farm plak, (anak2 aku la nak masuk, kalau aku sori laa... aku mmg x layan...... ) jadi layan la depa tgk rerama... heheh.. blei souveneir sket, n bertolak blk ke sweet home... adoyaiiii... letihh...

sampai je rumah, aku suh anak aku mandi dan tido.... aku seperti biasa laaa... dobi n dobi... uhuk uhuk... ..

so, enjoy the pics yer...






mango oh mango ..


taraaaaaaaar.... yea...
inilah hasilnya even aku jarang (amat-amat jarang) menjaga apatah lagi membelai pokok mempelam aku ni. tp hasilnya aku tunggu saban tahun, apa taknya isinya sangat lah manissss...
so, petang ni aku ajak asben kuar kait buah pelam pokok aku, dari dok biaq dia dok jatuh atas tanah pastu yg sakit hatinya ada plak org dok mai kutip pastu pi juai... baik lah aku kait pastu aku peram.. kan?

Monday, September 19, 2011

tr

ymmm

Tuesday, August 30, 2011

EID MUBARAK 2011




alhanmdulillah.. sebulan berpuasa kini tiba masanya untuk berhari raya... YAHOO!!! :D
heheheh.. aku yg beriye nak raya, tp betul kan... anak2 aku membilang hari, dlm pada tu aku pun turut bersama2 dengan depa countdown to celebrate a big day after a month fasting...

persiapan thn ni tentulah aku lebihkan anak2.. sbbnya bila dah kawin n ada anak, tentulah apa2 pun priority tu pergi pada anak.

baju raya -setiap seorg aku beli baju kurung n melayu seorang sepasang, pastu 2 pasang baju kasual setiap sorang.. enough la kan. aku 3 pasang baju kurung, sehelai blouse n sehelai jeans baru... hubby plak, sepasang baju melayu, sehelai t shirt , sehelai kemeja . 2 helai slack dockers.. (1 auntie mana ntah hadiah kat dia... huhhhhh!!!)

kuih raya plak - seperti biasa aku MESTI buat kuih tart ( sgt sedapp..) , biskut almond london ( flour, choc n almond) kak ipar kasi.. so kena la buat, n satu lg biskut makmur... 3 jer, tp bg aku ok la tu.. aku mana ada masa nak buat byk2 kan. yg len aku beli..

duit raya - kami dah peruntukkan melalui hasil tabungan kami ber2 laki bini ( kami ada tabung khas utk duit raya tau.... heheheh) rm250 utk kanak2, dan sedikit utk mak , abah n mak mertua.. so alhamdulillah..

apa pun, thn ni sambutan sgt meriah. aku bersyukur sbb mak ayah aku masih lg dlm keadaan sihat walafiat, dpt menyambut raya bersama, mak mertua aku pun masih sihat dan kuat utk beribadat. itu lah doa kami siang dan malam..

cuti seminggu, so hari2 kami berjalan . ada2 jer lokasi yg kami nak pergi. masa last day on d way blk ke ipoh, kami singgah di umah kak anisah (jiran aku a.k.a schoolmate - kematian asben waktu raya cina yg lalu..) kebetulan dia bersalin anak ke6, so aku drop sekejap. apapun, aku mendoakan dia happy dgn life baru dia.. :D

ok, aku tadak idea sebenarnya walau byk idea dlm kepala aku ni, nak mengarang tak pandai sgt..

Friday, July 15, 2011

roti jala


oh.. hari ni hari ahad a.k.a hari minggu bersamaan weekend.. so hari yg amat aku suka sbb blh lepak2 dengan anak2 n en hubby.. bermula dari pagi, bermula lah rutin aku seperti biasa sebagai surirumah (weekday aku keja cikgu..) dr keja membasuh, mengelap, mengemop, mengemas, memasak dan bermacam2 'me' lagi lah... penat mmg penat tp aku puas...

celik jer mata pagi td, dah terpk nak masak apa la bekfes pagi ni.. malas pulak nak ke kedai disaat mata semua org dalam umah ni dok pejam lagi, godek punya godek kat dalam rak dapur ada tepung jer. pastu teringat plak malam tadi ada kari ayam, so finally decided masak roti jala.. lagi pun, asben aku suka sangat roti jala tp yg mak dia masak la, so aku kena tunjuk skill bahawasanya aku pun terer laa... hehehe

so, bermula lah operasi masak bekfes aku. tp aku tidak la menggunakan pemukul telur untuk memukul tepung tu tp aku gunakan blender.. sekali tekan jer, dah sebati tepung tu. he hehe.. amat sesuai dengan semua kawan2 yg berkerja sbb outcome pun setara jer dengan manual.. (ye ke..??? ) mak aku kata aku malass.... hehee tak pa kan mak, sbb anak mak ni berkerja, anak pun kecik2 lagi... kan..

so, hasilnya... mmg menjadi. asben aku memuji2.. kembang kempis hidung aku ..kekek.. so, nampak gayanya blh buat bisnes aku la lps ni .. :D


Wednesday, June 22, 2011

ambik report kad balqis

emm.. hari ni hari perjumpaan waris utk tadika anak aku NUR BALQIS BT NOOR ASRI. agak excited aku sbb balqis kata dia dapat no.1, tp betui ker.. sbb kekadang kita tak bleh percaya sgt apa yg dia kata, al maklumlah.. budak2... so aku pun agak berdebar2 skit..
so, aku p sekolah dia with my kids, en hubby tak p sbb aku paham keja dia, so sepanjang jln masa nak sampai sekolah dia dok call aku, risau sbb aku nak bawa semua anak2, (dia suruh aku antar umah pengasuh tp aku tak nak, cuba nak menjadi ibu yg terbaik... insyaallah..) tp alhamdulillah.... anak2 aku memahami .. heheh..sampai kat sekolah depa semua ok jer, sbb tadika kan, banyaklah abm ,bbm , charts, picture, and bla bla yang menyebabkan depa ralit .. so aku bleh la berborak dengan cikgu dia..
aku : mcm mana dengan balqis cikgu?
cikgu : alhamdulillah.. balqis ok, exam hari tu dapat no.1, sikap bertanggungjawab ada, cuma sikap sharing jer dia kurang. dia susah sangat nak share barang dengan kawan2.
aku : yer ker, tak per, insyaallah.. saya akan cuba suh dia buang sikap tu.
......
alhamdulillah... secara keseluruhannya aku bersyukur. semoga balqis akan menjadi model insan yang baik, sahsiah yg cantik kepada adik2 dia.
dalam pada tu, cikgu ambik balqis untuk english drama masa hari konvokesyen nanti, choral speaking dan nasyid. dalam hati aku, ambik lah cikgu, buatlah yg terbaik utk anak saya. Jasa cikgu mmg saya tak terbalas.
aku juga seorang guru, tp aku sendiri tak sempat nak mengajar balqis. mengajar dia mengaji pun seminggu 3x cukup susah. berdosanya aku bila aku lepaskan tanggungjawab aku pada org lain. apa pun, aku cuba menjadi yg ibu yg terbaik utk anak2 aku....

Sunday, May 22, 2011

hari sukan QISTINA IMAN


wahhh.... excitednya aku, mengalahkan aku yg nak bersukan... ni lah perasaan aku, even aku bertugas di sekolah (sekolah aku ada perkhemahan) tp aku apply excuse utk aku teman anak aku bersukan. mujur pk koko ok.. :D
so awal pagi lg aku dah siapkan dia n anak2 yg lain, aku n hubby pun turut sama pakai baju sukan sbb utk tiup semangat kat dia. so awal pagi lagi kami dah berada di padang. tp biasa lah.. ekin asyik kesana sini, so aku n en suami banyak mengawal ekin dari tgk balqis sukan. tp apa pun, aku tetap menjerit kalau giliran dia mengambil bahagian..
anyway, dia masuk 2 acara, membawa bola dalam senduk n berlari dengan aiskrim.. dan berjaya mendapat tmepat ke2 n pertama... so tahniah balqis.. u make me proud... :DDDD
ok, stop dulu... letihhhhh...

Friday, May 20, 2011

Menangislah Wahai Mata


ntah kenapa aku suka sangat bila baca sajak ni..
kredit to DrMAZA ..
layannnnn.... :D

Thursday, March 10, 2011

ekin dah noti.....


helo... now ekin dah pun masuk setahun lebih... wahhh... makin lasak n noti... alhamdulillah... even aku letih tetapi aku amat terhibur dengan telatah anak aku tu..
tgk la pic kat atas ni, ada jer idea baru dia. baru2 ni dia tetiba dapat akal dari mana ntah, pandai keluarkan tupperware dan buat alas kaki dia utk capai barang atas kabinet.. aku punya la gelak sbb tgk dia bleh create idea mcm tu. abah dia pun gelak sakan. tapi aku tak bleh la nak biar kat dia sbb takut tupperware tu pecah, apatah lg tu tupperware yg dapat masa kawin dulu... hehehe..

Tuesday, March 1, 2011

utk aku sendiri...


kata2 hikmat untuk aku sendiri... :D

Sunday, February 27, 2011

laksa oh laksa....



eemm.... apa ya aku nak
masak ari ni, sebenarnya aku tak terer masak, so menu aku selalu berkisar 2-3 jenis masakan jer. sian anak2 en hubby aku , tp nak buat mcm mana kan.. lps ni nampak gayanya aku kena la beli majalah saji, rasa n seangkatan dengannya utk menajamkan skill aku ni, tak bleh la beli harmoni lagi.. heheh..
dalam2 aku dok pening memikiorkannya , asben aku cakap, 'ma , hari ni masak laksa bleh.... ?' wah.... good idea.. aku pun dah jemu makan nasi, ikan pun dah byk dlm freezer, laksa kering pun dah ada, cuma benda yg nak tabur jer aku kena cari.... so, settle masalah dapur ari tu,
so, aku pun start la operasi masak aku, alhamdulillah.. cik abang pun rajin 'perisi' ikan, so masa utk menyiapkan laksa disingkatkan.... lega... :D
sedappppp...
tp yg sedihnya, keesokan harinya masa aku nak blk makan selepas blk sekolah, suami aku call n cakap, sori.. abang dah hangitkan kuah laksa... sedihhhhhh... sbb laksa akan sedap pada hari ke2, ....

Monday, February 21, 2011

ikhlas kah aku...



aku seorang guru. cuba menjadi yang terbaik dan cuba mencurahkan ilmu sepenuh ikhlas hati aku.. dalam pada itu, aku selalu tension bila murid2 ku tidak menunjuk minat untuk belajar. aku gerammmmmm sangat. terutama murid kelas belakang. mcm aku nak kata kat depa 'tidakkah awak semua tahu bahawa awak sebenarnya b**** sebab tu awak diletakkan di kelas belakang' tapi kata2 aku itu hanya setakat di hati, tak sanggup aku nak sebut ayat tu...
dan akibatnya, aku selalu tension bila depa tak buat kerja yg diberikan waima hanya 5 soalan matematik yg amat MUDAH!. tension tak aku? bagi keja hari khamis, isnin tak siap... depa ada 3 hari utk siapkan tp sudahnya aku yg tension...
patut lah...
patut lah...
banyak guru yg kena darah tinggi.. so , aku panjatkan doa pada Allah, jauhkan aku dari penyakit itu. Anugerahkan kepada aku sifat KESABARAN yang amat tinggi untuk menangani masalah ini. Aku kagum kepada kawan2 aku yang mengajar dengan penuh kelembutan dan iltizam yg tinggi, aku pun NAK jadi seperti itu... Allah, tolong....
so, aku nak keikhlasan ada dalam diri aku, tak nak terlalu 'berkira' dalam berkongsi ilmu dengan anak didik aku., sepertimana ada guru2 yang tak akan berkira dalam mendidik anak aku... aku nak menjadi guru yang baik...
semoga Allah penuhkan impian ku ini... amin..

Saturday, January 29, 2011

Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru

hari ini sekolah aku mengadakan satu majlis permuafakatan ibubapa murid tahun 6 dan guru. objektif majlis ini adalah memberi penerangan kepada ibubapa tentang program2 yang disusun untuk anak2 mereka untuk menghadapi UPSR nanti.
ok, itu adalah mukaddimah aku, bukan aku nak cakap soal tu tp aku nak cakap dr segi kehadiran ibubapa ke majlis tu amatlah menyedihkan. hanya 27/55 sahaja parents yang datang ke majlis tu. Pihak sekolah cuba sedaya upaya untuk menerangkan kepada pihak ibubapa tp nampaknya pihak ibubapa buat endah tak endah jer. nanti bila result keluar mula la depa tuding jari kepada pihak sekolah.... eemmm... apa nak buat!
aku berharap, aku tidak digolongkan di dalam golongan ibubapa mcm tu. aku mmg NAK anak aku berjaya, dunia dan akhirat. sbb tu aku bercadang untuk memberi sokongan moral pada anak2 aku nanti.. amin!
apa pun, ceramah yg disampaikan us. muhammad shah dr jpn td bg aku sangat bagus! dan aku sangat2 teruja bila dia dia bercerita bab2 parenthood ni. semoga aku n asben aku akan menjadi parent yg 'useful' pada anak2 aku, balqis, zaim n asyiqin... :D

Thursday, January 6, 2011

mamayaki

mlm ni aku tak tau nak masak apa utk dinner.. nak makan nasi, koteow, bihun, nasi goreng dah rasa mcm common sgt (hehehehehe..) so ,aku try buat pancake - mamayaki. wow!!!! unbelievable, mamayaki ku itu abis dalam 5 kelip mata.... anak2 aku punya suka, en asri pun suka.. aku pun x sempat nak ngap lebih2... walau aku makan skit tp aku amat puas hati sbb berjaya mengenyangkan perut mereka dgn air tgn aku... nnt aku upload gambar yer.. sbb hset dah abis batt, malan nak on n charge.... opssss.... laptop plak low batt, so stop dulu.. bye!

Monday, January 3, 2011

1st school @ 2011




blurrr....

kenapa yer? sbb thn ni aku mengajar kelas yg tak pernah aku mengajar.
ok, thn ni aku mengajar kelas thn 6, satu cabaran utk aku. dengan murid yg tidak pernah aku kenali, apatah lg mengetahui setakat mana kemahiran yg depa ada ( yg dgrnya murid thn 6 ni agak teruk compare to last yr ), so bg aku amat mencabar kerjaya aku thn ni.. ewahhhh!!!

so, td masa nak masuk kelas, aku terpaksa buat revision skit, ukt korang yg bukan guru, jgn anggap aku tak tau ilmu apa yg aku nak ajar tp dr segi pedagogi aku tak bersedia. mmg lah aku degree in math tp utk menyampaikannya agak susah dr aku menerimanya.

kalau utk tahap 1, aku blh masuk kelas w/o buat apa2 revision, rpt bleh diingat seperti dihujung jari ( berlagaknya aku.... hehehe) tp utk tahap 2, aku kena bermula mcm aku baru jd cikgu. tp bg aku, aku menerima task ini sebagai cabaran utk aku meng'upgred' diri aku sendiri. so, td aku dah prepare 1 set kertas soalan utk aku buat ujian diagnostik tp ujian akan dibuat hari rabu ni memandangkan murid aku td amat tidak bersedia... agaknya cuti blues tu ada lagi, mcm aku la jugak.. hehehe.. so aku bg 2 hari utk depa study.. so rabu n khamis nnt aku akan buat ujian utk mengetahui setakat mana ke'terer'an depa dlm math ni... supaya senang aku nak mengajar menggunakan teknik mana yg sesuai.

so... sabar yer... :D

Saturday, January 1, 2011

A new day has come

alhamdulillah.... hari ni aku menjejak kaki aku ke thn 2011.. so, bertambah lg umur aku.. so thn ni umur aku masuk 35... emmm... agak tua.. hehehe.. tp aku baru menyambut bday aku yg ke 34 10 hari yg lalu.. so tok sah la risau...lg pun, aku tak rasa aku tua, rasa mcm muda belia jer...

emm.... apa agaknya wish aku thn ni yer? semoga aku akan terus berbahagia bersama suami n anak2 aku yg cukup aku sayang selama ini. Bagi aku depa lah harta yg tak ternilai yg pernah hadir dlm hidup aku. Selain dr itu, aku berharap agar aku dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.. aminnn...

sebenarnya byk lg yg nak ditulis tp aku tadak mood.... :D