Monday, February 21, 2011

ikhlas kah aku...



aku seorang guru. cuba menjadi yang terbaik dan cuba mencurahkan ilmu sepenuh ikhlas hati aku.. dalam pada itu, aku selalu tension bila murid2 ku tidak menunjuk minat untuk belajar. aku gerammmmmm sangat. terutama murid kelas belakang. mcm aku nak kata kat depa 'tidakkah awak semua tahu bahawa awak sebenarnya b**** sebab tu awak diletakkan di kelas belakang' tapi kata2 aku itu hanya setakat di hati, tak sanggup aku nak sebut ayat tu...
dan akibatnya, aku selalu tension bila depa tak buat kerja yg diberikan waima hanya 5 soalan matematik yg amat MUDAH!. tension tak aku? bagi keja hari khamis, isnin tak siap... depa ada 3 hari utk siapkan tp sudahnya aku yg tension...
patut lah...
patut lah...
banyak guru yg kena darah tinggi.. so , aku panjatkan doa pada Allah, jauhkan aku dari penyakit itu. Anugerahkan kepada aku sifat KESABARAN yang amat tinggi untuk menangani masalah ini. Aku kagum kepada kawan2 aku yang mengajar dengan penuh kelembutan dan iltizam yg tinggi, aku pun NAK jadi seperti itu... Allah, tolong....
so, aku nak keikhlasan ada dalam diri aku, tak nak terlalu 'berkira' dalam berkongsi ilmu dengan anak didik aku., sepertimana ada guru2 yang tak akan berkira dalam mendidik anak aku... aku nak menjadi guru yang baik...
semoga Allah penuhkan impian ku ini... amin..

No comments: