Sunday, February 27, 2011

laksa oh laksa....



eemm.... apa ya aku nak
masak ari ni, sebenarnya aku tak terer masak, so menu aku selalu berkisar 2-3 jenis masakan jer. sian anak2 en hubby aku , tp nak buat mcm mana kan.. lps ni nampak gayanya aku kena la beli majalah saji, rasa n seangkatan dengannya utk menajamkan skill aku ni, tak bleh la beli harmoni lagi.. heheh..
dalam2 aku dok pening memikiorkannya , asben aku cakap, 'ma , hari ni masak laksa bleh.... ?' wah.... good idea.. aku pun dah jemu makan nasi, ikan pun dah byk dlm freezer, laksa kering pun dah ada, cuma benda yg nak tabur jer aku kena cari.... so, settle masalah dapur ari tu,
so, aku pun start la operasi masak aku, alhamdulillah.. cik abang pun rajin 'perisi' ikan, so masa utk menyiapkan laksa disingkatkan.... lega... :D
sedappppp...
tp yg sedihnya, keesokan harinya masa aku nak blk makan selepas blk sekolah, suami aku call n cakap, sori.. abang dah hangitkan kuah laksa... sedihhhhhh... sbb laksa akan sedap pada hari ke2, ....

Monday, February 21, 2011

ikhlas kah aku...



aku seorang guru. cuba menjadi yang terbaik dan cuba mencurahkan ilmu sepenuh ikhlas hati aku.. dalam pada itu, aku selalu tension bila murid2 ku tidak menunjuk minat untuk belajar. aku gerammmmmm sangat. terutama murid kelas belakang. mcm aku nak kata kat depa 'tidakkah awak semua tahu bahawa awak sebenarnya b**** sebab tu awak diletakkan di kelas belakang' tapi kata2 aku itu hanya setakat di hati, tak sanggup aku nak sebut ayat tu...
dan akibatnya, aku selalu tension bila depa tak buat kerja yg diberikan waima hanya 5 soalan matematik yg amat MUDAH!. tension tak aku? bagi keja hari khamis, isnin tak siap... depa ada 3 hari utk siapkan tp sudahnya aku yg tension...
patut lah...
patut lah...
banyak guru yg kena darah tinggi.. so , aku panjatkan doa pada Allah, jauhkan aku dari penyakit itu. Anugerahkan kepada aku sifat KESABARAN yang amat tinggi untuk menangani masalah ini. Aku kagum kepada kawan2 aku yang mengajar dengan penuh kelembutan dan iltizam yg tinggi, aku pun NAK jadi seperti itu... Allah, tolong....
so, aku nak keikhlasan ada dalam diri aku, tak nak terlalu 'berkira' dalam berkongsi ilmu dengan anak didik aku., sepertimana ada guru2 yang tak akan berkira dalam mendidik anak aku... aku nak menjadi guru yang baik...
semoga Allah penuhkan impian ku ini... amin..