Sunday, November 13, 2011

majlis graduasi tadika qistina iman




alhamdulillah.. hari ini balqis telah pun tamat sessi pra sekolah di tadika qistina iman. aku bersyukur sangat sbb balqis 'grad' dengan cemerlang. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur pada Allah, dikurniakan anak yang baik, mendengar kata, dan setakat sekarang ni masih menjadi kebanggan aku dan suami aku. Aku berharap harta yang aku ada ini akan dapat aku pelihara menjadi manusia yg tinggi akhlaknya dan tinggi pendidikannya.. amin..
pagi td, selain mendapat no. 1 akademik , balqis juga perform 4 persembahan, loceng berirama, tarian sha la la, tarian arab (fuyoooo..) dan yg best bg aku melodrama flora n fauna. Bagi aku Balqis nampak comel sgt dalam kostum princess tu. dalam acara tu, Balqis kena jadi pencerita tentang alam sekitar, aku ingat kan dia nervous ke tp rupanya tidak. Aku nampak dia biasa jer, kalah aku yg selalu ketaq bila berucap di stage... huhuh..
Apa pun, Balqis, mama n abah harap Balqis dapat menjadi contoh yg terbaik utk adik2 nnt yer. Mama selalu mendoakan kejayaan Balqis dunia dan akhirat.
Amin..

No comments: