Saturday, May 18, 2013

Chicken Chop yg Simple tp Mabelesssss...

hari ni hari sabtu, my asben demam... dh 3 hari mc, sian dia... org lelaki jarang demam, tp sekali demam .. adussss... mcm baby.. merapnya bagai.. tp disebabkan asben aku jarang merap, so aku kena la layan kan. pagi td bw ke klinik lain pulak, sbb ubat kat klinik kesihatan ni tak jalan, yg nak tergelak ni slumber jer doctor tu buang ubat yg klinik kesihatan kerjaan bagi... membebel2 doc tu bila tgk jenis ubat tu, sabo jer laaaa...apapun, aku harap asben aku akan pulih dr demam ni, sbb bila dia demam, aku pun menggalas tugas 'abah' , wahhh... letih no!

ok, si zaim pulak sakit gigi, sebelum p klinik ambik ubat asben, singgah dentist dulu, sampai kat sana dah nangis dah... masa jumpa doc terus meraung... blm lg cabut tu. dentist tu advise suh aku p klinik gigi, dan buat appoinment dgn klinik pakar, sbb case budak2 depa akan bagi pelali bagi dia tido, baru boleh cabut. alamak, dah mcm serius jer aku dgr, risau.... tp mujur doc bagi pain killer n antibiotik, lps makan ubat tu nmpk positif skit... kalau tak jenuh jugak la.. dah jd doc n merangkap nurse dlm umah ni... heheh..

bila dh sakit, tekak tu bmula request berbagai.. abahnya tak lalu makan, si zaim tu dlm sakit gigi nak jugak makan chicken chop, so nurse ni mula bertukar menjadi chef.. ehehe.. ok, aku mula la tanya pak cik google ni, so setelah study, dan dibuat rumusan aku mula mencipta resepi sendiri yg teramat ringkat tp hasilnya sgt kedebommmm.... mmg sedap!!!

bahannya:
ayam (chic boneless) - beli jer kat tesco..
sos lada hitam
halia
sos tiram
sos tomato
lada hitam
garam

cara2nya:
basuh ayam tu sampai bersih, 
utk bahan marinate, campur sos lada hitam, halia ( aku tumbuk2, kemudian ambik airnya sahaja!!) , sos tomato ( skit jer utk bagi masam2 skit), sos tiram (utk nampak gelap skit) , lada hitam yg ditumbuk kasar.. ( utk nampak berbiji2 ..) pastu 'lumur' (korang tau ke lumur tu apa? hehehe)  pada ayam dan perap.. aku perap sejam jer... pastu aku bakar dlm pemanggang ajaib... wahhh... hasilnya ayam tu mmg juicy n sedap banget!!!

utk sos:
aku masak tepung gandum + air , tepung jgn byk , skit jer...
bila dah masak, aku masukkan sos lada hitam tu + garam
kacau hingga pekat n masak.

ni masa memerap...

ni masa memamam.... :))
 walaubagaimana pun, aku terlupa nk snap gambar sos... sori ek!



No comments: