Sunday, May 22, 2011

hari sukan QISTINA IMAN


wahhh.... excitednya aku, mengalahkan aku yg nak bersukan... ni lah perasaan aku, even aku bertugas di sekolah (sekolah aku ada perkhemahan) tp aku apply excuse utk aku teman anak aku bersukan. mujur pk koko ok.. :D
so awal pagi lg aku dah siapkan dia n anak2 yg lain, aku n hubby pun turut sama pakai baju sukan sbb utk tiup semangat kat dia. so awal pagi lagi kami dah berada di padang. tp biasa lah.. ekin asyik kesana sini, so aku n en suami banyak mengawal ekin dari tgk balqis sukan. tp apa pun, aku tetap menjerit kalau giliran dia mengambil bahagian..
anyway, dia masuk 2 acara, membawa bola dalam senduk n berlari dengan aiskrim.. dan berjaya mendapat tmepat ke2 n pertama... so tahniah balqis.. u make me proud... :DDDD
ok, stop dulu... letihhhhh...

Friday, May 20, 2011

Menangislah Wahai Mata


ntah kenapa aku suka sangat bila baca sajak ni..
kredit to DrMAZA ..
layannnnn.... :D

Thursday, March 10, 2011

ekin dah noti.....


helo... now ekin dah pun masuk setahun lebih... wahhh... makin lasak n noti... alhamdulillah... even aku letih tetapi aku amat terhibur dengan telatah anak aku tu..
tgk la pic kat atas ni, ada jer idea baru dia. baru2 ni dia tetiba dapat akal dari mana ntah, pandai keluarkan tupperware dan buat alas kaki dia utk capai barang atas kabinet.. aku punya la gelak sbb tgk dia bleh create idea mcm tu. abah dia pun gelak sakan. tapi aku tak bleh la nak biar kat dia sbb takut tupperware tu pecah, apatah lg tu tupperware yg dapat masa kawin dulu... hehehe..

Tuesday, March 1, 2011

utk aku sendiri...


kata2 hikmat untuk aku sendiri... :D

Sunday, February 27, 2011

laksa oh laksa....



eemm.... apa ya aku nak
masak ari ni, sebenarnya aku tak terer masak, so menu aku selalu berkisar 2-3 jenis masakan jer. sian anak2 en hubby aku , tp nak buat mcm mana kan.. lps ni nampak gayanya aku kena la beli majalah saji, rasa n seangkatan dengannya utk menajamkan skill aku ni, tak bleh la beli harmoni lagi.. heheh..
dalam2 aku dok pening memikiorkannya , asben aku cakap, 'ma , hari ni masak laksa bleh.... ?' wah.... good idea.. aku pun dah jemu makan nasi, ikan pun dah byk dlm freezer, laksa kering pun dah ada, cuma benda yg nak tabur jer aku kena cari.... so, settle masalah dapur ari tu,
so, aku pun start la operasi masak aku, alhamdulillah.. cik abang pun rajin 'perisi' ikan, so masa utk menyiapkan laksa disingkatkan.... lega... :D
sedappppp...
tp yg sedihnya, keesokan harinya masa aku nak blk makan selepas blk sekolah, suami aku call n cakap, sori.. abang dah hangitkan kuah laksa... sedihhhhhh... sbb laksa akan sedap pada hari ke2, ....

Monday, February 21, 2011

ikhlas kah aku...



aku seorang guru. cuba menjadi yang terbaik dan cuba mencurahkan ilmu sepenuh ikhlas hati aku.. dalam pada itu, aku selalu tension bila murid2 ku tidak menunjuk minat untuk belajar. aku gerammmmmm sangat. terutama murid kelas belakang. mcm aku nak kata kat depa 'tidakkah awak semua tahu bahawa awak sebenarnya b**** sebab tu awak diletakkan di kelas belakang' tapi kata2 aku itu hanya setakat di hati, tak sanggup aku nak sebut ayat tu...
dan akibatnya, aku selalu tension bila depa tak buat kerja yg diberikan waima hanya 5 soalan matematik yg amat MUDAH!. tension tak aku? bagi keja hari khamis, isnin tak siap... depa ada 3 hari utk siapkan tp sudahnya aku yg tension...
patut lah...
patut lah...
banyak guru yg kena darah tinggi.. so , aku panjatkan doa pada Allah, jauhkan aku dari penyakit itu. Anugerahkan kepada aku sifat KESABARAN yang amat tinggi untuk menangani masalah ini. Aku kagum kepada kawan2 aku yang mengajar dengan penuh kelembutan dan iltizam yg tinggi, aku pun NAK jadi seperti itu... Allah, tolong....
so, aku nak keikhlasan ada dalam diri aku, tak nak terlalu 'berkira' dalam berkongsi ilmu dengan anak didik aku., sepertimana ada guru2 yang tak akan berkira dalam mendidik anak aku... aku nak menjadi guru yang baik...
semoga Allah penuhkan impian ku ini... amin..

Saturday, January 29, 2011

Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru

hari ini sekolah aku mengadakan satu majlis permuafakatan ibubapa murid tahun 6 dan guru. objektif majlis ini adalah memberi penerangan kepada ibubapa tentang program2 yang disusun untuk anak2 mereka untuk menghadapi UPSR nanti.
ok, itu adalah mukaddimah aku, bukan aku nak cakap soal tu tp aku nak cakap dr segi kehadiran ibubapa ke majlis tu amatlah menyedihkan. hanya 27/55 sahaja parents yang datang ke majlis tu. Pihak sekolah cuba sedaya upaya untuk menerangkan kepada pihak ibubapa tp nampaknya pihak ibubapa buat endah tak endah jer. nanti bila result keluar mula la depa tuding jari kepada pihak sekolah.... eemmm... apa nak buat!
aku berharap, aku tidak digolongkan di dalam golongan ibubapa mcm tu. aku mmg NAK anak aku berjaya, dunia dan akhirat. sbb tu aku bercadang untuk memberi sokongan moral pada anak2 aku nanti.. amin!
apa pun, ceramah yg disampaikan us. muhammad shah dr jpn td bg aku sangat bagus! dan aku sangat2 teruja bila dia dia bercerita bab2 parenthood ni. semoga aku n asben aku akan menjadi parent yg 'useful' pada anak2 aku, balqis, zaim n asyiqin... :D