Thursday, March 10, 2011

ekin dah noti.....


helo... now ekin dah pun masuk setahun lebih... wahhh... makin lasak n noti... alhamdulillah... even aku letih tetapi aku amat terhibur dengan telatah anak aku tu..
tgk la pic kat atas ni, ada jer idea baru dia. baru2 ni dia tetiba dapat akal dari mana ntah, pandai keluarkan tupperware dan buat alas kaki dia utk capai barang atas kabinet.. aku punya la gelak sbb tgk dia bleh create idea mcm tu. abah dia pun gelak sakan. tapi aku tak bleh la nak biar kat dia sbb takut tupperware tu pecah, apatah lg tu tupperware yg dapat masa kawin dulu... hehehe..

Tuesday, March 1, 2011

utk aku sendiri...


kata2 hikmat untuk aku sendiri... :D

Sunday, February 27, 2011

laksa oh laksa....



eemm.... apa ya aku nak
masak ari ni, sebenarnya aku tak terer masak, so menu aku selalu berkisar 2-3 jenis masakan jer. sian anak2 en hubby aku , tp nak buat mcm mana kan.. lps ni nampak gayanya aku kena la beli majalah saji, rasa n seangkatan dengannya utk menajamkan skill aku ni, tak bleh la beli harmoni lagi.. heheh..
dalam2 aku dok pening memikiorkannya , asben aku cakap, 'ma , hari ni masak laksa bleh.... ?' wah.... good idea.. aku pun dah jemu makan nasi, ikan pun dah byk dlm freezer, laksa kering pun dah ada, cuma benda yg nak tabur jer aku kena cari.... so, settle masalah dapur ari tu,
so, aku pun start la operasi masak aku, alhamdulillah.. cik abang pun rajin 'perisi' ikan, so masa utk menyiapkan laksa disingkatkan.... lega... :D
sedappppp...
tp yg sedihnya, keesokan harinya masa aku nak blk makan selepas blk sekolah, suami aku call n cakap, sori.. abang dah hangitkan kuah laksa... sedihhhhhh... sbb laksa akan sedap pada hari ke2, ....

Monday, February 21, 2011

ikhlas kah aku...



aku seorang guru. cuba menjadi yang terbaik dan cuba mencurahkan ilmu sepenuh ikhlas hati aku.. dalam pada itu, aku selalu tension bila murid2 ku tidak menunjuk minat untuk belajar. aku gerammmmmm sangat. terutama murid kelas belakang. mcm aku nak kata kat depa 'tidakkah awak semua tahu bahawa awak sebenarnya b**** sebab tu awak diletakkan di kelas belakang' tapi kata2 aku itu hanya setakat di hati, tak sanggup aku nak sebut ayat tu...
dan akibatnya, aku selalu tension bila depa tak buat kerja yg diberikan waima hanya 5 soalan matematik yg amat MUDAH!. tension tak aku? bagi keja hari khamis, isnin tak siap... depa ada 3 hari utk siapkan tp sudahnya aku yg tension...
patut lah...
patut lah...
banyak guru yg kena darah tinggi.. so , aku panjatkan doa pada Allah, jauhkan aku dari penyakit itu. Anugerahkan kepada aku sifat KESABARAN yang amat tinggi untuk menangani masalah ini. Aku kagum kepada kawan2 aku yang mengajar dengan penuh kelembutan dan iltizam yg tinggi, aku pun NAK jadi seperti itu... Allah, tolong....
so, aku nak keikhlasan ada dalam diri aku, tak nak terlalu 'berkira' dalam berkongsi ilmu dengan anak didik aku., sepertimana ada guru2 yang tak akan berkira dalam mendidik anak aku... aku nak menjadi guru yang baik...
semoga Allah penuhkan impian ku ini... amin..

Saturday, January 29, 2011

Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru

hari ini sekolah aku mengadakan satu majlis permuafakatan ibubapa murid tahun 6 dan guru. objektif majlis ini adalah memberi penerangan kepada ibubapa tentang program2 yang disusun untuk anak2 mereka untuk menghadapi UPSR nanti.
ok, itu adalah mukaddimah aku, bukan aku nak cakap soal tu tp aku nak cakap dr segi kehadiran ibubapa ke majlis tu amatlah menyedihkan. hanya 27/55 sahaja parents yang datang ke majlis tu. Pihak sekolah cuba sedaya upaya untuk menerangkan kepada pihak ibubapa tp nampaknya pihak ibubapa buat endah tak endah jer. nanti bila result keluar mula la depa tuding jari kepada pihak sekolah.... eemmm... apa nak buat!
aku berharap, aku tidak digolongkan di dalam golongan ibubapa mcm tu. aku mmg NAK anak aku berjaya, dunia dan akhirat. sbb tu aku bercadang untuk memberi sokongan moral pada anak2 aku nanti.. amin!
apa pun, ceramah yg disampaikan us. muhammad shah dr jpn td bg aku sangat bagus! dan aku sangat2 teruja bila dia dia bercerita bab2 parenthood ni. semoga aku n asben aku akan menjadi parent yg 'useful' pada anak2 aku, balqis, zaim n asyiqin... :D

Thursday, January 6, 2011

mamayaki

mlm ni aku tak tau nak masak apa utk dinner.. nak makan nasi, koteow, bihun, nasi goreng dah rasa mcm common sgt (hehehehehe..) so ,aku try buat pancake - mamayaki. wow!!!! unbelievable, mamayaki ku itu abis dalam 5 kelip mata.... anak2 aku punya suka, en asri pun suka.. aku pun x sempat nak ngap lebih2... walau aku makan skit tp aku amat puas hati sbb berjaya mengenyangkan perut mereka dgn air tgn aku... nnt aku upload gambar yer.. sbb hset dah abis batt, malan nak on n charge.... opssss.... laptop plak low batt, so stop dulu.. bye!

Monday, January 3, 2011

1st school @ 2011




blurrr....

kenapa yer? sbb thn ni aku mengajar kelas yg tak pernah aku mengajar.
ok, thn ni aku mengajar kelas thn 6, satu cabaran utk aku. dengan murid yg tidak pernah aku kenali, apatah lg mengetahui setakat mana kemahiran yg depa ada ( yg dgrnya murid thn 6 ni agak teruk compare to last yr ), so bg aku amat mencabar kerjaya aku thn ni.. ewahhhh!!!

so, td masa nak masuk kelas, aku terpaksa buat revision skit, ukt korang yg bukan guru, jgn anggap aku tak tau ilmu apa yg aku nak ajar tp dr segi pedagogi aku tak bersedia. mmg lah aku degree in math tp utk menyampaikannya agak susah dr aku menerimanya.

kalau utk tahap 1, aku blh masuk kelas w/o buat apa2 revision, rpt bleh diingat seperti dihujung jari ( berlagaknya aku.... hehehe) tp utk tahap 2, aku kena bermula mcm aku baru jd cikgu. tp bg aku, aku menerima task ini sebagai cabaran utk aku meng'upgred' diri aku sendiri. so, td aku dah prepare 1 set kertas soalan utk aku buat ujian diagnostik tp ujian akan dibuat hari rabu ni memandangkan murid aku td amat tidak bersedia... agaknya cuti blues tu ada lagi, mcm aku la jugak.. hehehe.. so aku bg 2 hari utk depa study.. so rabu n khamis nnt aku akan buat ujian utk mengetahui setakat mana ke'terer'an depa dlm math ni... supaya senang aku nak mengajar menggunakan teknik mana yg sesuai.

so... sabar yer... :D