Sunday, November 13, 2011

majlis graduasi tadika qistina iman




alhamdulillah.. hari ini balqis telah pun tamat sessi pra sekolah di tadika qistina iman. aku bersyukur sangat sbb balqis 'grad' dengan cemerlang. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur pada Allah, dikurniakan anak yang baik, mendengar kata, dan setakat sekarang ni masih menjadi kebanggan aku dan suami aku. Aku berharap harta yang aku ada ini akan dapat aku pelihara menjadi manusia yg tinggi akhlaknya dan tinggi pendidikannya.. amin..
pagi td, selain mendapat no. 1 akademik , balqis juga perform 4 persembahan, loceng berirama, tarian sha la la, tarian arab (fuyoooo..) dan yg best bg aku melodrama flora n fauna. Bagi aku Balqis nampak comel sgt dalam kostum princess tu. dalam acara tu, Balqis kena jadi pencerita tentang alam sekitar, aku ingat kan dia nervous ke tp rupanya tidak. Aku nampak dia biasa jer, kalah aku yg selalu ketaq bila berucap di stage... huhuh..
Apa pun, Balqis, mama n abah harap Balqis dapat menjadi contoh yg terbaik utk adik2 nnt yer. Mama selalu mendoakan kejayaan Balqis dunia dan akhirat.
Amin..

Wednesday, November 2, 2011

bila tadak keja..


hi! pagi ni aku free.. sepatutnya ada kelas, tp disebabkan cikgu zaidi ambik budak2 buat treasure hunt, so aku pun legaaa... jd dapatlah aku rileks n layan fb, berblog... heheh

pagi td aku timbang, berat aku 59kg, alamakkkk. udah lebih sudah.. aku nak kuruss.. kurus.. kurus.. macam mana ni... aku nak berat aku dlm 55 kg jer, bleh ker aa? ok, bila sembang bab kurus aku mmg sedang berusaha untuk kuruskan badan. suami aku mmg tak kisah, tp aku sangat kisah.. aku dah berusaha untuk kuruskan badan, berbagai cara aku dah lakukan, tp yg pasti kalau kita puasa sunat setiap isnin n khamis, mmg berkesan... tp setan byk pulak dok hasut tak bg posa.... mcm mana nak kurusss... heheh

so, petua aku, kalau nak kurus, pakat2 kita posa sunat.. okey? :D

Tuesday, November 1, 2011

my cheese tart




hari ni dah 2 minggu arwah bg bidi meninggalkan kami semua, sian aku tgk hubby aku, asyik termenung jer... ye lah, dia mmg rapat dgn arwah, kalau blk kampung, dia mmg berkepit je, tp aku harap suami aku akan recover blk, jd ceria mcm dahulu kala.. amin,.. utk arwah abg bidi, sama2 lah kita sedekahkan al fatihah...

ok, minggu ni aku free, (sblm ni dah 3 minggu asyik berulang alik ke hbm) so minggu ni bermula lah projek tart aku yg sering tertangguh.. aku dah sediakan hampir 500 shell @ crust cuma filling jer aku letak kemudian. tp yg bestnya anak2 aku pun suka crust yg aku buat.. depa dok ulang makan sampai dah luak separuh, so bila nak masukkan filling nya terpaksa la aku buat crust tu blk... eheheh

mula aku try letak telur, eemmm... menjadi la jugak walau rupa kureng.. tp 2 hari lps tu aku letak cheese, eemmm... mmg tak menang tangan. asal kuar dr oven jer anak n asben aku sapu.. asal kuar jer abiss.. mmg sedap rupanya.. (puji diri sendiri....eheehhe..) apa taknya, cheese tu kalau kita makan gitu saja pun sedap apatah lg kalau kita makan dgn crust n blueberry... ehehehe... ce ce ce.. perasan sungguh aku ni...

ok, tp aku sempat snap gambar egg tart jer, blueberry n cheese x sempat.. tangan dah comot..


Thursday, October 20, 2011

apam belang

taraaaaaaa.... :)

malam ni aku free, so aku godek2 laman web masakan ni, skrg ni aku suka sangat dgn web kak ita masam manis, dia punya resepi so simple, dan kita blh follow sbb dia attach sekali dgn pic, so dia punya explanation sgt detail dan aku sangat paham..

so, dok cari mana resepi yg simple, dan ingredient mesti dah ada sbb aku bercadang nak buat malam ni, esok bleh makan utk bekfes, terjumpa la resepi apam belang ni...

buatnya senang jer, aku masukkan dalam mixer, pastu aku gi buat keja lain.. kalau nak simple lg takyah taruh kaler terus plain n tuang jer masuk dlm loyang n kukuss... tp aku ni mengada2, nak cantik2 so ini lah hasilnya.. alhamdulillah.. menjadi..

oh ye, kredit to kak azlita .. eemmm nnt aku try link kat resepi apam belang ni, jadi ke idak.. harap2 menjadi lah yer...



Thursday, October 13, 2011

sunyinya....



baru 2 hari ditinggalkan, aku dah tak bleh duduk.... :(

oh ya, dah 2 hari en. asben aku ke penang menemankan abangnya yg terlantar kat hosp. bkt mertajam, bermakna 2 mlm jugak la aku tidoq dengan anak2. mula tu tak terasa apa pu, tp bila dah 2 malam, anak2 aku pulak tidoq awal, aku mula la terasa sunyinyaaa...

tp itu lah, aku x blh pentingkan diri aku sendiri, dalam keadaan skrg ni, abang dia dan juga mak dia (MIL tak blh nak jaga sbb ward tu lelaki) so aku izinkan lah.. (eh, apa hak aku nak menahan dia kan... ), kalau ikut hati mmg berat tp terpaksa... so aku berharap abg dia akan pulih seperti sediakala, meski pun x sesihat dulu cukup lah dapat beramal ibadat kan.. amin...

ok, aku stop dulu, x selesa menaip dengan notebook ni, al maklum lah jejari aku bersaiz runcing ni amat x sesuai dgn keyboard yg tersangat lah mini.... :D

ok, gdnite!

Thursday, October 6, 2011

Pokok berbunga, hati turut berbunga..



wahhhhh... bila pokok aku berbunga aku rasa bagai nak heboh satu kampung sbb aku x pernah tanam pokok bunga, tetiba bila aku tanam, aku belai n aku jaga... pokok aku berbunga lebat... bestnyaaa.... bila aku lalu tepi pokok tu berbau harum sangat... :D




Tuesday, October 4, 2011